KEMBARA CINTA RASUL 2020

Hari keputeraan Nabi muhammad SAW pada tahun ini disambut secara berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana seluruh dunia dilanda wabak Covid 19.Buat julung kalinya,sambutan maulidurrasul dijalankan secara atas talian menggunakan beberapa platform  antaranya instagram dan google meet.

Majlis sambutan tahunan bertema Keperibadianmu dirindui sepanjang zaman.Tema tersebut dipilih bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi serta menghayati  sirah kehidupan baginda.Keperibadian baginda dapat dicontohi apabila semua pengisian program dapat dilaksanakan dengan baik.

  Program ini berjalan selama satu minggu .Dimulai dengan info tentang Rasulullah SAW yang  telah dimuat naik setiap hari di platform story instagram pada 22 oktober sehingga 28 oktober 2020.Diikuti dengan pertandingan kuiz yang dijalankan pada tarikh 28 oktober 2020 menggunakan platform quiziz.Pertandingan ini tidak terhad kepada warga kolej ungku omar sahaja tetapi terbuka kepada semua orang.seramai hampir 100 orang peserta menyertai pertandingan ini.

Acara kemuncak bagi program kembara cinta rasul pada tahun ini adalah ceramah kembara cinta rasul pada 29 oktober 2020.Ceramah ini telah disampaikan oleh saudara Hifdzi Zaim yang merupakan salah seorang alumni universiti kebangsaan Malaysia.Hampir 157 orang peserta menghadiri ceramah pada malam itu.Program Kembara rasul menutup tirai dengan acara terakhir iaitu penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan kuiz yang dijalan pada 28 O ktober.