MESYUARAT AGUNG BULAN SABIT MERAH DECTACHMENT 88C KUO

Mesyuarat Agung Bulan Sabit Merah Dectachment 88C Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia telah diadakan pada hari isnin, 12 Mac 2018 di bilik aktiviti Kolej Ungku Omar. Mesyuarat tahunan ini adalah bertujuan untuk melaporkan tentang aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan sepanjang semester pada tahun 2017/2018. Tidak itu juga, mesyuarat ini juga betujuan untuk pelantikan bagi jawatan ahli jawatankuasa Bulan Sabit Merah Malaysia Dectachment 88C Kolej Ungku Omar yang baru iaitu bagi sesi 2018/2019.