‘Norma Baharu: Graduan Keliru’
Program ini merupakan sebuah program bual bicara yang pertama kali diadakan di kolej yang mengupas berkenaan isu kebolehpasaran graduan semasa pandemik Covid-19. Program ini dijalankan selaras dengan kehendak semasa berkaitan nasib graduan kini yang semakin membimbangkan serta melihat kepada kadar pengangguran graduan yang kian meningkat saban tahun lalu ditambahkan pula dengan keadaan norma baharu ini.
Keadaan ‘Norma Baharu’ akibat pandemik telah mewujudkan pelbagai persoalan kepada bakal-bakal graduan berkaitan peluang pekerjaan, status semasa ekonomi serta kesiapsiagaan yang seharusnya dilakukan oleh mereka untuk menempuh alam pekerjaan semasa musim pandemik turut dibincangkan dalam bual bicara ini. Program ini juga memberi informasi berkaitan bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan universiti dalam membantu bakal graduan IPTA dan IPTS khususnya bakal graduan UKM untuk mendapatkan pekerjaan semasa pandemik Covid-19.
Program ini diadakan pada 8 Januari 2021 dan dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom dan Youtube (Pardus Series) serta dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif MEP sesi 2020/2021. Terdapat dua panel jemputan iaitu Pensyarah Putra Business School dan Timbalan Pengarah UKM-Karier bahagian kebolehpasaran graduan. Program ini disertai seramai 150 orang termasuklah dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UKM (Prof.Ir Dato’ Dr.Othman A.Karim).