ONLINE EXPLORE RACE

Program Online Explore Race ialah program anjuran Majlis Eksekutif Pelajar Kebajikan dan Kaunseling Kolej Ungku Omar sesi 2020/2021. Program ini adalah suatu pertandingan yang dijalankan secara atas talian bertemakan ‘Know the Unknown On-Screen’. Pertandingan ini serupa seperti explore race secara bersemuka tetapi stesen-stesen bersemuka digantikan dengan laman-laman sesawang, aplikasi dan laman media sosial. Pertandingan ini disertai oleh 12 kumpulan.

Selaras dengan tema, pelbagai stesen online seperti laman sesawang UKM Karier, KAHOOT, Instagram, laman sesawang Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), Microsoft TEAMS, laman sesawang rasmi UKM dan sebagainya telah digunakan. Pertandingan ini dimenang oleh Kumpulan Chipsmore Army (Tempat Pertama), Kumpulan Averroes (Tempat Kedua) dan Kumpulan Renegades (Kumpulan Ketiga).

Melalui program ini, pelajar UKM yang menyertainya telah dapat mempelajari dan menggunakan aplikasi yang pelbagai, di samping mengenali platform penting UKM. Selain daripada unsur hiburan, program ini telah dapat melatih semangat bertanding yang positif secara atas talian.