PERKONGSIAN USRAH
Program ini diadakan bertujuan untuk menyediakan platform kepada para pelajar
berkongsi ilmu-ilmu keagamaan yang diperoleh daripada sumber-sumber utama Islam
seperti Al-Quran dan Al-Hadis. Objektif program ini adalah untuk melahirkan
mahasiswa yang memahami dan mengamalkan al-Quran dalam kehidupan seharian.
Program ini dijalankan bermula Disember 2021 sehingga Julai 2022. 8 speaker telah
dipilih dan setiap seorang speaker akan mengupas tajuk yang dipilih dalam bentuk
video yang berdurasi antara 3-5 minit. Video tersebut akan dimuat naik ke semua
laman sosial rasmi Kelab Iqra’ secara bulanan.