PERMANA PARDUS ONLINE ART CHALLENGE

 

Permana Pardus Online Art Challenge” merupakan program seni dalam talian yang merangkumi pelbagai bidang seperti seni tari, nyanyian, seni muzik, teater, bahasa, creative make up dan pelbagai bakat seni yang lain untuk para pencinta seni budaya dalam kalangan para pelajar di Kolej Ungku Omar. Program ini adalah salah satu usaha untuk memberi ruang dan peluang kepada para pelajar yang berbakat kesenian mengisi masa lapang sepanjang berada di rumah masing-masing. Objektif program ini adalah mencungkil bakat-bakat kesenian yang baharu dalam kalangan para pelajar Kolej Ungku Omar di samping menyediakan platform untuk para pelajar menyerlahkan bakat mereka.

Program ini telah berlangsung dari 10 November sehingga 30 November 2020 di platform Instagram. Peserta diberi ruang untuk menghantar video bakat mereka kepada AJK bertanggungjawab selama 2 minggu. Antara bakat yang dipertontonkan adalah nyanyian, tarian, seni solekan, melukis, bermain alat muzik serta lakonan. Kesemua video bakat yang dikumpul ini kemudiannya dimuatnaik di Instagram Permana Pardus bagi tontonan ramai. Pemenang dipilih berdasarkan kepada jumlah tontonan dan like di Instagram serta diadili oleh panel khas. Seramai 14 orang pelajar telah dipilih sebagai pemenang dan senarai pemenang telah diumumkan di akaun Instagram rasmi Permana Pardus. Program seperti ini dijangkakan akan dilaksanakan lagi di masa hadapan dan terus ditambahbaik.

 

Antara video bakat yang telah dihantar oleh peserta dan dimuatnaik di Instagram Permana Pardus

Poster program