PERPA VIRTUAL CONCERT (PERVIRCO)

Perpa Virtual Concert (PERVIRCO) merupakan sebuah program yang berbentuk persembahan live secara maya yang dilakukan oleh ahli-ahli Kelab Permana Pardus Kolej Ungku Omar. Setiap dua minggu, konsert ini bersiaran secara langsung dengan persembahan menarik seperti nyanyian, tarian, nasyid, puisi, band dan sebagainya. Objektif program ini diadakan adalah sebagai platform kepada ahli-ahli kelab untuk menunjukkan bakat seni mereka.