PROGRAM HARI PENGENALAN KELAB BSMM DET 88C SESI 2020/2021

Program hari pengenalan kelab BSMM Det 88C ialah program anjuran kelab Bulan Sabit Merah Malaysia Kolej Ungku Omar bagi sesi 2020/2021. Program ini adalah sesi pengenalan kelab seperti pengenalan carta organisasi BSMM Kolej Ungku Omar serta tugas-tugas yang di sandang oleh setiap ahli jawatankuasa. Bilangan pelajar baharu yang mendaftar dalam kelab BSMM Kolej Ungku Omar adalah seramai 44 orang. Selain daripada pengenalan carta organisasi, program ini turut memperkenalkan gambar ruangan bilik rawatan serta program-program lepas yang telah dianjurkan oleh kelab BSMM Kolej Ungku Omar bagi sesi yang lepas sebagai rujukan serta pengetahuan kepada pelajar baharu. Program ini dijalankan secara atas talian melalui Microsoft Teams yang disertai oleh 37 pelajar baharu.

Melalui program yang dijalankan, pelajar baharu dapat mengenali serta berkenalan dengan lebih rapat dengan setiap ahli jawatankuasa walaupun sedang berlaku kekangan disebabkan pandemik. Program ini dijalankan secara santai dan mampu menarik perhatian serta minat pelajar baharu untuk memberi respon dalam setiap sesi.BSMM