PROGRAM REFRESHING OUR MINDS & SPIRITS

Program Refreshing Our Minds & Spirits merupakan program anjuran sekretariat Kerohanian & Sivik Kolej Ungku Omar sesi 2020/2021 yang berpasakkan tema menuntut ilmu. Program ini merupakan sebuah sesi perkongsian bersiri atas talian yang berdurasi 2 jam bagi setiap sesi dan bertujuan untuk membangkitkan semangat mahasiswa dalam usaha untuk menuntut ilmu terutamanya bagi sesi pembelajaran atas talian. Program ini berlangsung menerusi aplikasi Microsoft Teams. Program ini merupakan program terbuka kepada semua pelajar Kolej Ungku Omar supaya mereka dapat mengetahui sebarang cara yang terbaik dan paling efisien untuk menuntut ilmu. Program bersiri ini diadakan sebanyak 3 kali dengan tajuk dan penceramah yang berbeza dengan membawa slogan “Mengharungi Cabaran dengan Ilmu”.

Bagi ceramah slot pertama, tajuk ceramah adalah “Perjuangan Tokoh-Tokoh Agamawan Mencari Ilmu” dimana penceramah jemputan iaitu Dr. Ahmad Irdha Mokhtar telah mengupas berkenaan sirah para sahabat dalam menuntut ilmu. Beliau merupakan pensyarah Pusat Kajian Dakwah dan Kemimpinan UKM.

Ceramah slot kedua pula telah disampaikan oleh mahasiswa UKM sendiri iaitu saudara Sri Ganeshwaran Gunasekaran yang merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM. Saudara Sri telah berkongsi cara-cara kita dapat menggunakan teknologi bagi menjalani pembelajaran yang efisien dan kondusif. Tajuk ceramah slot ini ialah “Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan Alaf Baru”.

Slot ceramah terakhir pula disampaikan oleh Kaunselor Hal Ehwal Pelajar UKM (HEP-UKM) iaitu Encik Mohd Nazri Mohd Nasir. Sesi ceramah dengan tajuk “Pengurusan Minda & Pembelajaran Mengatasi Pandemik” ini telah membincangkan cara untuk mengatasi stres dan cara mengendalikan emosi sepanjang sesi pembelajaran atas talian.

Bagi setiap slot ceramah yang diadakan, dua orang yang bertuah akan dipilih bagi sesi cabutan bertuah dimana hadiah yang dimenangi ditaja oleh IG: @/medinalounge, @/daintybeautystore, @/chocojerr.umieqa dan @/daiekreatifventure.