SESI DIALOG TERBUKA: PERPADUAN BAHARU DALAM NORMA BAHARU?

Malaysia terkenal dengan kepelbagaian masyarakatnya, iaitu tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina, India, dan lain-lain kaum juga. Perbezaan tersebutlah yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Namun begitu, dalam era moden ini, masih terdapat sentimen perkauman antara satu sama lain serta stereotaip terhadap sesuatu kaum. Tambahan pula, dalam norma baharu ini setelah wabak pandemik Covid-19 telah merebak, pewujudan perpaduan antara kaum semakin mencabar kerana kebanyakkan aktiviti harus diadakan secara atas talian dan tiada interaksi secara fizikal.

Oleh itu, Sekretariat Integrasi & Perpaduan Kaum (IPK) menjalankan program ini bagi menanam kembali jalinan dan semangat perpaduan kaum.

Program ini telah diadakan pada 23 Januari 2021 dan bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 10.30 malam. Seramai 150 peserta telah menyertai program ini di platform Zoom Meeting.

Penceramah yang dijemput bagi program ini adalah Dr. Russli Kamarudin (Ketua Program Sains Politik UKM) dan juga Dr. Azizi Umar (Pensyarah Kanan Pusat Citra Universiti UKM). Panel-panel tersebut telah memberi input yang sangat bermanfaat dalam program ini.

Terdapat juga slot cabutan bertuah di mana hadiah-hadiah ditaja oleh @ivy_sugary (nama Instagram), dan terdapat 5 orang pemenang bertuah yang memenangi hadiah tersebut.