WEBINAR COVID-19: EVOLUSI PEMBELAJARAN CABAR KEUPAYAAN

Program yang bertajuk Webinar Covid-19: Evolusi Pembelajaran Cabar Keupayaan ini adalah sebuah program yang dianjurkan oleh kelab Xtreme-C Kolej Ungku Omar(KUO). Ianya sebuah webinar yang mengisarkan masalah dan halangan yang dihadapi oleh mahasiswa untuk mengikuti dan mengadaptasi pembelajaran norma baharu iaitu secara atas talian. Ianya akan juga menggunakan panel pensyarah daripada salah sebuah IPTA terkenal untuk mengupas isuisu dan halangan yang dihadapi oleh mahasiswa daripada sudut pandang seorang tenaga pengajar. Program ini bertujuan untuk memberi input kepada mahasiswa yang sedang menjalani pembelajaran secara atas talian daripada tenaga pengajar yang faham dan mengadapatasi pembelajaran secara atas talian ini. Menerusi program ini, pendedahan dapat diberikan kepada mahasiswa-mahasiswa dalam membudayakan e-Pembelajaran pada masa kini. Program ini juga diharapkan dapat memberi solusi kepada mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai pusat pengajian fakulti dan umur yang berbeza supaya cabaran pelaksanaan e-Pembelajaran ini dapat diatasi. Seterusnya, dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran IPT agar penyampaian kuliah secara atas talian boleh dijalankan tanpa sebarang permasalahan.