WEBINAR KESELAMATAN SIBER

Program Webinar Keselamatan Siber anjuran Sekretariat Keselamatan dan Kelestarian ini merupakan program webinar pertama secara atas talian. Buli siber merupakan suatu jenayah yang melibatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menyokong tingkah laku sikap sengaja bermusuh seorang individu atau kumpulan, yang berniat untuk mengugut orang lain. Pada 2018, Malaysia berada di kedudukan yang keenam dari 28 negara yang mencatatkan kes buli siber terbanyak di seluruh dunia. Sementara itu, 28% daripada 6,953 remaja di Malaysia mendakwa bahawa mereka telah menjadi mangsa buli dalam talian, dengan 43% mengalaminya melalui permainan dalam talian, mesej peribadi dan aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, YouTube dan Twitter. Ini menunjukkan bahawa fenomena buli siber telah menjadi semakin runcing di negara kita.

Oleh itu, keselamatan dunia siber perlulah diperketatkan dan sentiasa diawasi oleh pihak-pihak yang tertentu. Sehubungan dengan itu, Sekretariat Keselamatan dan Kelestarian Kolej Ungku Omar telah menjemput seorang penceramah untuk berkongsi informasi dan memberi nasihat serta petua kepada mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia dalam menangani masalah ini seiring dengan dunia digital sekarang dimana semuanya terletak pada hujung jari diri sendiri.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari moderator dan diikuti dengan bacaan doa dari pembaca doa, kemudian penceramah mula memberi ucapannya. Ceramah dimulakan dengan pengenalan diri beliau dan struktur organisasi Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia Polis Bukit Aman serta agensi yang terlibat dalam jenayah siber dan diikuti definis jenayah siber dan jenis-jenis jenayah siber serta modus operandi pihak berkuasa. Program ini juga mendedahkan bagaimana cara untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa jenayah siber serta tindakan yang perlu diambil jikkan= menjadi mangsa jenayah siber