Bengkel Editorial Hela

Kelab Antarabangsa Kolej Ungku Omar telah menganjurkan sebuah program iaitu Bengkel Editorial Kelab Antarabangsa Ungku Omar yang telah diadakan pada tarikh 20/12/2017 – 21/12/2017 yang bertempat di Bilik Aktiviti Pelajar, Kolej Ungku Omar. Program yang bertemakan”Writing is Freedom” ini telah mendapat sambutan baik dan dihadiri oleh seramai 40 orang peserta. Program yang berlangsung selama dua hari ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai penulisan kreatif dan memberikan keyakinan kepada pelajar-pelajar tentang semangat untuk belajar dan memberikan pendedahan suasana di universiti.