Dengue Buster

Pada 26 Nov 2017, Sekretariat Kebajikan dan Kaunseling Kolej Ungku Omar telah mengadakan Dengue Buster di sekitar Kolej Ungku Omar. Lebih 100 warga Kolej Ungku Omar keluar beramai-ramai menjayakan program gotong-royong ini bagi mengawal dan mencegah deman denggi. Program ini telah memberi manfaat dengan meningkatkan kesedaran bahaya pembiakan nyamuk AEDES di sekolah dan sentiasa berusaha mengekalkan kebersihan agar penyakit ini boleh dicegah ibarat kata pepatah “mencegah lebih baik daripada mengubati” .