FESTER’17

Pada 6 Disember 2017, Kelab Seni Persembahan Teater (SEPET) telah bertanding dalam pertandingan theater tahunan FESTER yang diadakan di Panggung Seni,UKM. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Kelab Teater Rimba selama 1 minggu bermula pada 4 disember hingga 10 disember. Kelab SEPET mempersembahkan satu lakonan teater bertajuk SESALAN yang diarahkan oleh Firdaus Seni. Teater ini juga dibantu oleh penasihat teater Zul Fadli Bin Mohd Kamal (Felo Kebudayaan & Warisan Kolej Ungku Omar).