DEBAT PIALA NAIB CANSELOR

Pada 7-8 Oktober 2017, Unit Pengucapan Umum (UPU) dengan kerjasama kolej-kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Debat Piala Naib Canselor (Bahasa Melayu) bagi tahun 2017. Aktiviti ini bertempat di Fakulti Sains dan Kemanusiaan. Seramai 8 orang pelajar Kolej Ungku Omar telah mengambil bahagian bagi mewakili Kolej Ungku Omar.