MINGGU MESRA MAHASISWA SESI 2020/2021

Minggu Mesra Mahasiswa sesi 2020/2021 merupakan minggu pendaftaran pelajar baharu ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Minggu orientasi ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i tentang alam kehidupan, persekitaran, kaedah pengajian, budaya dan juga menerapkan aspek pembinaan sahsiah mahasiswa/i di  universiti. Program dengan bertemakan ‘norma baharu pemangkin mahasiswa digital’ adalah selaras dengan usaha kerajaan dalam melahirkan mahasiswa yang celik IT melalui medium atas talian. Program ini juga adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan awal berkenaan norma baharu pembelajaran serta membantu mahasiswa/i membuat persediaan dalam menempuhi alam universiti bersempena dengan penularan wabak Covid-19 ini. 

Minggu Mesra Mahasiswa pada sesi ini telah memperkenalkan satu inovasi melalui perlaksanaan aktiviti mahasiswa/i yang dijalankan secara atas talian. Kaedah ini dapat memberikan pendedahan awal berkenaan norma baharu pembelajaran di universiti disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 yang secara tidak langsung menuju ke arah ekonomi dan pembelajaran digital . Di samping itu, kaedah ini juga dapat memupuk sikap berdikari dalam diri mahasiswa/i baharu dan ini juga merupakan satu langkah berjaga-jaga supaya semua mahasiswa/i terhindar daripada wabak Covid-19 melalui Standard Operation Procedure (SOP) keselamatanyang ditetapkan.

 

Program ini berlangsung pada 3 Oktober 2021 hingga 7 Oktober 2021 di Kolej Ungku Omar. Program yang melibatkan Pentadbiran kolej, Majlis Felo dan Majlis Ekseskutif Pelajar sesi 2020/2021 ini telah berjaya dijalankan dengan baik dan memberikan impak yang positif untuk mencapai objektif program ini.

 

Pendaftaran Pelajar Lelaki

Pendaftaran Pelajar Perempuan

Sesi Santai Bersama MEP KUO

Sesi Pengenalan Pentadbiran & Majlis Felo KUO

Pengagihan Baju & Beg

Sesi KUO Pride