PROGRAM GOOGLE TOOLS WORKSHOP

Program Google Tools Workshop merupakan program anjuran Majlis Eksekutif Pelajar Kebajikan dan Kaunseling Sesi 2020/2021 Kolej Ungku Omar. Program ini adalah suatu webinar yang dijalankan secara atas talian bertemakan ‘Google Towards Digitalization’.Oleh itu, program ini dirancang untuk memberi pendedahan tentang cara menggunakan peralatan Google (Google Tools) iaitu Google Forms, Google Spreadsheet dan Google Docs yang dapat digunakan dalam pembelajaran mahupun pengendalian program secara atas talian. Webinar ini disertai oleh 50 orang mahasiswa/i.

Program Google Tools Workshop ini merangkumi penerangan tentang cara menetapkan borang menggunakan Google Form, cara mengumpul data dari Google Form dalam bentuk jadual melalui Google Spreadsheet, cara menggunakan Google Spreadsheet dan Google Docs serta cara menghantar pautan. Pada akhir program, peserta akan diberi peluang untuk bertanyakan soalan mengenai topik perbincangan pada sesi Q&A.

Melalui program ini, mahasiswa/i dapat mengetahui beberapa fungsi dan cara mengendalikan peralatan Google dengan mudah. Selain itu, mahasiswa/i dapat mengaplikasikannya dalam mengendalikan program dan pembelajaran secara atas talian.

 

Gambar Program: