PROGRAM TEAM BUILDING BSMM

Program Team Building ialah program anjuran Bulan Sabit Merah Detachment 88 C cabang Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2020/2021. Program ini merupakan satu aktiviti yang dijalankan secara atas talian untuk membenarkan ahli BSMM yang baru saling mengenali dan merapatkan hubungan antara satu sama lain. Program ini telah disetai oleh 38 orang dan diadakan pada 5 Disember 2020.

Pelbagai permainan atas talian dijalankan seperti Memorize Nickname, Number Bomb, Bilangan perkataan 1-10, 2 Truth and A Lie dan Alarm Bomb. Aktiviti ini kebanyakan bertujuan untuk membolehkan ahli BSMM saling berkenalan. Contohnya, melalui aktiviti Memorize Nickname, peserta harus mengingati nama peserta yang lain.

Melalui program ini, ahli BSMM yang baru dapat saling mengenali walaupun tidak dapat bertemu disebabkan pandemik ini.

BSMM