PROGRAM SEMINAR BSMM

PROGRAM SEMINAR

 

Program seminar ialah program anjuran Bulan Sabit Merah Detachment 88 C cabang Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2020/2021. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada ahli BSMM tentang setiap topik yang akan belajar semasa kelas BSMM. Program ini diadakan pada 12 Disember 2020 dan disertai oleh 43 orang termasuk AJK BSMM.

 

Program ini merangkumi pengajaran isi penting yang dirangkumi dalam topik kelas BSMM seperti pengetahuan tentang penggunaan ubat, pembalut dan aksesori, sistem peredaran dan gangguan,sistem pernafasan , jenis kecederaan, cara mengubati dan sebagainya.

 

Melalui program ini, peserta dapat didedahkan kepada pengetahuan utama terhadap pengetahuan yang bakal diajar dalam kelas BSMM. Maka, ahli BSMM akan lebih mudah untuk memahami maklumat yang akan dipelajari.