“Entrepreneurship Soul: Business Talk By Asyraf Khalid”

Secara amnya, penyebaran wabak pandemik Covid-19 di Malaysia telah menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) bagi memutuskan rangkaian Covid-19. Ini menyebabkan penutupan sektor-sektor ekonomi negara selama berbulan-bulan. Ini memberikan kesan kepada peniaga-peniaga kecil dan sektor pelancongan. Pelaksanaan PKP juga menyebabkan kebanyakkan masyarakt di Malaysia untuk kekal  berada di dalam rumah. Ini menyaksikan peningkatan dan kepentingan dunia digital. Perniagaan secara atas talian pada masa ini menunjukkan perkembangan yang sangat ketara

Webinar ini menjemput seorang ahli perniagaan yan terkenal dan mempunyai latar belakang yang tinggi kerana pencapaian beliau di dalam perniagaan. Program ini menyaksikan kerjasama antara dua buah institusi pendidikan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pusat Penegajian Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai bagaimana sesebuah perniagaan untuk berjaya di dalam mengadaptasi dengan dunia perniagaan lebih-lebih lagi kerana pelaksanaan PKP di Malaysia.

Program ini berlangsung pada 18 Januari 2021 pada 8:20 p.m. dengan kemasukkan mahasiswa/i ke dalam platform Zoom dan dalam pada masa yang sama juga saluran siaran langsung di akaun Youtube. Selepas itu masuk sesi perkongsian yang diberikan oleh tetamu jemputan iaitu Asyraf Khalid. Semasa sesi perkongsian ini, terdapat banyak perkara-perkara yang dikongsikan yang mampu para peserta untuk mengambil perkara tersebut untuk kegunaan pada masa yang akan datang. Selepas sesi perkongsian, terdapat sesi soal jawab di antara tetamu jemputan dan para peserta. Ini menyaksikan interaksi yang membuahkan pelbagai input dan jawapan yang teranya-tanya di dalam kalangan mahasiswa di dalam proses untuk membina sebuah perniagaan.