KELAS TAJWID SESI 20/21
Kelas Tajwid merupakan suatu program untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai asas hukum tajwid dan cara menyebut huruf (makhraj) dengan betul. Kelas Tajwid ini terbuka kepada semua warga UKM serta orang awam dan diadakan pada setiap bulan sebanyak lima kali kelas dengan harapan agar para peserta dapat mendekatkan diri dengan Al-Quran serta memperbaiki bacaan Al-Quran.
Kelas Tajwid pada kali ini diadakan secara atas talian bertempatkan di Google Meet selama satu jam setengah. Program ini dimulakan dengan muqodimah yang ringkas, Asma Ul Husna serta bacaan doa. Seterunsya kelas diserahkan kepada pengajar iaitu Ustazah Rahmah binti Allam yang juga merupakan pengasas Bushra Quran Academy bagi sesi pengajaran. Kelas ini diakhiri dengan sesi QnA serta Kuiz di aplikasi Kahoot! dan doa Rabitah.
Program ini yang bertemakan ‘Al-Quran Sahabat Kita’ dapat melahirkan mahasiswa/i yang cakna terhadap cara membaca Al-Quran dengan baik serta memberikan kesedaran akan penting dan wajibnya bagi setiap muslim untuk melafazkan Al-Quran dengan cara yang betul dan juga mempuk minat dalam membaca Al-Quran.