Throwback Time

Throwback Time merupakan sebuah sesi perkongsian antara alumni dan mahasiswa/i tahun pertama Kolej Ungku Omar. Perkongsian ini akan dijalankan secara atas talian melalui platform Google Meet dan interaksi dua hala antara alumni jemputan dan moderator yang kedua-duanya merupakan wakil Sekretariat Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa (HELA).

Perkongsian ini adalah terbuka kepada semua mahasiwa/i. Perkongsian ini telah memberi pendedahan kepada para mahasiswa/i terutamanya sekretariat Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa (HELA) mengenai program Omarian Aspirational International Synergy (OASIS) yang telah diadakan pada setiap tahun sebelum ini.

Alumni jemputan Nurshahira binti Mohd Noordin dan Muhammad Azizi bin Hashim telah berjaya memberikan pengetahuan baharu kepada peserta tentang program OASIS. Saudari Nurshahira juga telah menyediakan pembentangan powerpoint menceritakan kisah-kisah OASIS di Cambodia, Melbourne dan lain-lain.

Peserta juga dapat mempelajari kepentingan pengurusan masa bagi menyeimbangkan pelajaran dengan kegiatan aktiviti kokurikulum. Konsep ini adalah amat penting bagi melahirkan mahasiswa/i yang serba boleh dan berdaya saing. Perkongsian panel jemputan yang menarik dan bermanfaat telah memberi semangat kepada peserta agar menganjurkan program ke luar negara pada masa hadapan.