WEBINAR CORETAN JIWA MERDEKA

WEBINAR CORETAN JIWA MERDEKA

Program Coretan Jiwa Merdeka merupakan sebuah program yang terbuka kepada semua warga Kolej Ungku Omar. Program ini adalah bicara santai bersama penulis anak Merdeka yang merupakan Juara Pertandingan Esei yang telah dianjurkan oleh Majalah Remaja. Program ini bertujuan untuk mengangkat bahasa kebangsaan dan satera Melayu melalui penulisan esei dalam kalangan mahasiswa/i selaras dengan tujuan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia itu sendiri. Program ini merupakan sebuah program yang mengetengahkan kejayaan saudari Nur Farhan yang merupakan salah seorang penghuni Kolej Ungku Omar, Fakulti Ekonomi dan Pemgurusan. Beliau merupakan Juara Pertandingan Esei yang telah dianjurkan oleh Majalah Remaja. Beliau akan berkongsi pengalaman serta pengetahuan kepada mahasiswa/i dalam penulisan esei serta membantu mahsiswa/i memahami keindahan bahasa kebangsaan yang sering diabaikan dalam kalangan mahasiswa/i kini.