MINGGU MESRA MAHASISWA SESI 2021/2022

Minggu Mesra Mahasiswa sesi 2021/2022 merupakan minggu pendaftaran pelajar baharu ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Minggu orientasi ini bertujuan untuk membantu mahasiswa/i baharu untuk mendapatkan pelbagai ilmu pengetahuan, pengalaman serta cabaran yang akan dihadapi sepanjang pengajian mereka di Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini juga bertujuan untuk menerapkan lima aspek naratif baharu Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu T.E.R.A.S. disamping membangunkan semangat dan menerapkan aspek sahsiah ke dalam diri mahasiswa/i. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk memberikan pelbagai info dan maklumat kepada mahasiswa/i baharu mengenai Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kolej Ungku Omar. Oleh itu, setiap modul aktiviti yang disediakan adalah selaras dengan objektif yang disenaraikan agar matlamat program ini tercapai.

Minggu Mesra Mahasiswa pada sesi ini diadakan secara atas talian selama 7 hari iaitu pada 3 Oktober 2021 hingga 7 Oktober 2021 dan mendapat sambutan hangat dari semua mahasiswa/i Kolej Ungku Omar.