SEMBANG SANTAI BERSAMA IQRA’ – ENGAGE DAY WITH IQRA’ (EDWI)

Program ini dijalankan secara dalam talian menggunakan aplikasi Microsoft Teams.
Program ini dijalankan bagi menghimpunkan para pelajar dengan ahli Kelab Iqra’.
Sesuai dengan namanya, program ini bersifat santai sahaja. 2 panel telah dijemput
iaitu Mantan YDP Kelab Iqra’ sesi 2019/2020 dan Mantan Eksekutif Keusahawanan
Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ungku Omar sesi 2019/2020 untuk berkongsi
pengalaman mereka. Program ini berteraskan kepada 2 objektif utama iaitu
menunjukkan bahawa kemahiran insaniah (soft skill) yang sangat penting dan perlu
dikuasai oleh setiap pelajar selain daripada penguasaan dalam bidang akademik.
Selain itu, ia juga dapat memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai
keperluan-keperluan asas yang sangat diperlukan dalam pasaran masa kini untuk
menceburi bidang pekerjaan yang mereka inginkan.