MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Impak Teknologi Penanaman, Persekitaran dan Sosioekonomi terhadap Pengeluaran dan Kecekapan Pengeluaran Kelapa Sawit di Kalangan Pekebun Kecil di Malaysia: Analisis Pelbagai Peringkat

2015

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis impak teknologi penanaman, persekitaran yang merangkumi cuaca dan lokaliti serta sosioekonomi terhadap pengeluaran dan kecekapan pengeluaran kelapa sawit dikalangan pekebun kecil. Tumpuan kajian adalah terhadap pekebun kecil persendirian dan pekebun kecil di bawah pengurusan Felda, Risda dan Felcra. Sebanyak 500 sampel pekebun kecil akan diambil di Semenanjung Malaysia terutamanya merangkumi pekebun kecil di negeri Perak, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan dan Pahang. Analisis kecekapan pengeluaran dan potensi pengeluaran kelapa sawit akan menggunakan pendekatan Stochastic Frontier Analysis dan Data Envelopment Analysis. Di samping itu kaedah regresi pelbagai peringkat (multilevel regression) akan juga digunakan dalam kajian ini untuk menentukan impak faktor-faktor tersebut terhadap pengeluaran dan kecekapan pengeluaran kelapa sawit. Dapatan kajian ini penting diperolehi supaya dapat dikenalpasti bagaimana impak teknologi, persekitaran dan sosioekonomi yang berbeza-beza dan bagaimana ianya perlu diambilkira bagi meningkatkan hasil keluaran sawit oleh pihak yang terbabit dalam menyalurkan bantuan dan sokongan supaya matlamat hasil dan kecekapan dalam pengeluaran sawit dapat dicapai sebagaimana yang dikehendaki.

Project Leader

Basri Abdul Talib (Faculty of Economics and Management, )