MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

MSPO dan Keperluan Komitmen Pekebun Kecil: Kajian Kes di Sarawak

Research Grant, 2019

Abstract

Kajian ini akan memberi penekanan kepada komitmen pekebun kecil bagi mendapatkan pengiktirafan Persijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO). MSPO penting bagi membolehkan hasil tanaman yang dihasilkan dapat dijual kepada kilang pemproses dan penapisan yang sudah mendapat persijilan tersebut. Hal ini penting kerana menjelang Disember 2019, semua pekebun dikehendaki mempunyai persijilan tersebut. Walaupun semua pengawai MPOB berikrar untuk membantu pekebun kecil mendapatkan MSPO namun tanpa komitmen daripada pihak pekebun kecil sudah pasti menyukarkan usaha tersebut. Oleh yang demikian kerjasama dan komitmen pekebun kecil menjadi sangat penting dalam menjayakannya.Persoalannya sejauhmana tahap kesediaan dan komitmen pekebun kecil dalam menjayakan usaha pihak MPOB ini. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pekebun kecil untuk mendapatkan MSPO dan keduanya menganalisis tahap komitmen pekebun kecil dalam menjayakan MSPO untuk memastikan hasil pengeluaran mencapai standard kualiti yang dikehendaki. Kajian ini akan menggunakan pendekatan kuantitaif, bagi tujuan pengumpulan data borang soal selidik akan diedarkan dalam kalangan pekebun kecil di Sarawak ( Zon Utara, Tengah dan Selatan). Rasional pemilihan Sarawak kerana 23 peratus daripada pekebun kecil di negeri ini telah mendapat persijilan MSPO berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia Timur.

Project Leader

Azima Abdul Manaf (Faculty of Social Sciences and Humanities, azima@ukm.edu.my)