MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Literasi Kelestarian Alam Sekitar dalam Kalangan Pelajar dan Komuniti Perladangan Kelapa Sawit: Perbandingan antara Malaysia dan Indonesia

Grant Category, Year:  Research Grant, 2019 

Abstract

Kemampanan pengeluaran minyak sawit mencetuskan kontroversi disebabkan penebangan hutan, pencemaran dan konflik sosial. Faktor perubahan iklim yang dikatakan sebagai akibat daripada perladangan kelapa sawit mengancam fungsi ekosistem menyebabkan perubahan taburan hujan, cuaca melampau, kemarau, banjir, baki air tanah dan penyakit akibat nyamuk. Gas rumah hijau (GHG) terutamanya yang terhasil daripada pembakaran pertanian dan bahan api fosil memperhebatkan kenaikan suhu global. Industri kelapa sawit penting bagi ekonomi Malaysia dan Indonesia, namun hasil kempen negatif dari negara pengguna akibat agronomi kelapa sawit dikatakan menyebabkan alam persekitaran tidak selamat. Justeru, objektif penyelidikan adalah melaksanakan pendidikan alam sekitar dalam sektor kelapa sawit di Semenanjung Malaysia dan Riau, Indonesia kepada pelajar dan komuniti. Komuniti adalah kelompok yang terdiri daripada daripada peladang dan pekebun kelapa sawit yang menjalankan aktiviti perladangan kelapa sawit sebagai sumber pendapatan utama serta tinggal berdekatan dengan kawasan perladangan. Perbandingan antara Malaysia dan Indonesia dibuat kerana persamaan negara ini memiliki permasalahan harga komoditi kelapa sawit yang rendah dan kempen negatif perdagangan kelapa sawit dunia. Manakala perbezaan dari segi literasi indeks alam sekitar, sijil kemampanan dan peratusan pelepasan gas kesan rumah hijau global. Justeru, perbandingan dibuat bagi mengenal pasti amalan terbaik yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi isu alam sekitar khususnya berkaitan dengan perubahan iklim. Kaedah kajian menggunakan pendekatan kuantitatif bagi pelajar dan pendekatan kualitatif bagi komuniti bagi mengenal pasti tahap literasi alam sekitar pelajar dan komuniti dilaksanakan. Selanjutnya pendidikan alam sekitar menggunakan modul pendidikan alam sekitar palma dijalankan bagi memberikan maklumat dan menggalakkan amalan pengurangan pelepasan gas kesan rumah hijau sekaligus mengarah kepada perubahan iklim. Modul ini masih belum ada di dalam negara dan berpotensi untuk dikembangkan.

Project Leader

Kamisah Osman (Faculty of Education, kamisah@ukm.edu.my)