MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Kajian Impak Risalah MPOB terhadap Pekebun Kecil Kelapa Sawit: Satu Analisis Kebolehbacaan di Sabah

Research Grant, 2019

Abstract

Menurut Ayotollah (2016) terdapat 34866 pekebun kecil kelapa sawit di Sabah. Namun begitu, hanya enam peratus daripada pekebun kecil kelapa sawit sahaja yang mendapat pendidikan tinggi dan selebihnya hanya mendapat pendidikan formal sehingga menengah rendah sahaja ( Azima, et. al., 2018). Justeru, MPOB membantu pekebun kecil ini melalui risalah-risalah untuk meningkatkan pengetahuan mereka untuk menambahbaik pengeluaran kepala sawit mereka. Namun, tahap pendidikan yang rendah menjadi faktor utama kepada kebolehbacaan mereka terhadap risalah-risalah tersebut yang menghalang pemahaman mendalaman terhadap penanaman kelapa sawit. Ini sekaligus menjadi salah satu faktor kepada kegagalan pekebun kecil MPOB. Justeru, masalah utama MPOB ialah mengedarkan risalah yang mempunyai tahap kebolehbacaan yang tinggi. Masalah seterusnya ialah menghasilkan risalah yang mudah difahami oleh pekebun kecil MPOB.
Justeru, kajian ini mempunyai tiga objektif: 1) mengukur kebolehbacaan sesebuah risalah yang telah dikeluarkan oleh MPOB. Ini melibatkan faktor teks. Faktor teks akan melibatkan perkataan dan struktur ayat. 2) menganalisis faktor pembaca. Faktor pembaca terdiri daripada kebolehan berbahasa, motivasi dan minda serta latar belakang pengetahuan tentang kelapa sawit. 3) berpandukan dua faktor iaitu faktor teks dan pembaca kajian ini akan menghasilkan satu formula yang boleh menjadi panduan untuk menghasilkan risalah yang mudah difahami untuk membantu pekebun kecil MPOB memahami cara moden penanaman, penjagaan serta menghasilkan buah yang berkualiti.

Project Leader

Fazal Mohamed Bin Mohamed Sultan (Faculty of Social Sciences and Humanities, fazal@ukm.edu.my)