MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Memperkasa Sosioekonomi Orang Asli sebagai Pekebun Kecil Kelapa Sawit: Kajian Kampung Terpilih di Pahang

Research Grant, 2019

Abstract

Berikutan “Skim Rancangan Petempatan Semula” yang digunapakai terhadap komuniti Orang Asli, perpindahan keluar daripada tempat asal atau hutan menyebabkan mereka terpaksa berdepan perubahan gaya hidup dan keadaan persekitaran tempat tinggal mereka. Melalui program tersebut, setiap keluarga Orang Asli dijanjikan kebun kelapa sawit, rumah kediaman dan lain-lain infrastruktur yang lengkap bagi kemudahan awam. Berdasarkan ranking terkini, Malaysia berada di tangga kedua terbesar dunia dalam industri pengeluaran minyak kelapa sawit selepas Indonesia. Sebahagian besar daripada kawasan penanaman kelapa sawit adalah di bawah pemilikan pekebun kecil. Kebun-kebun kelapa sawit yang dimiliki dan diusahakan oleh keluarga Orang Asli termasuk dalam kategori pekebun kecil yang terancang. Hasil kajian lepas telah banyak membincang tentang status sosioekonomi masyarakat perdana dalam industri kelapa sawit. Adalah tepat masanya untuk membuat kajian tentang pekebun kecil Orang Asli dari segi kedudukan ekonomi, masalah, kekangan dan peluang pekerjaan yang boleh dikaitkan dengan kesejahteraan ekonomi setiap keluarga pekebun kecil Orang Asli. Tambahan lagi, aspirasi global, dasar kerajaan dan agenda negara masing-masing mempunyai matlamat untuk mencapai peningkatan sosioekonomi pekebun kelapa sawit Orang Asli.
Kajian ini mempunyai matlamat untuk mengenal pasti profil sosioekonomi pekebun kelapa sawit Orang Asli, di mana kebun-kebun yang diusahakan oleh komuniti Orang Asli ini berada dalam kampung Orang Asli yang bekerjasama dengan agen pelaksana MPOB. Objektif-objektif kajian termasuk untuk mengenal pasti profil sosioekonomi pekebun kelapa sawit Orang Asli, maklumat penanaman kelapa sawit untuk setiap kebun, tahap penggunaan teknologi berhubungan dengan peningkatan hasil tanaman kelapa sawit serta bantuan dalam bentuk perkhidmatan yang diberi oleh pihak pegawai MPOB untuk penanaman kelapa sawit. Dan objektif kelima termasuk menganalisis impak penyertaan tanaman sawit terhadap sosioekonomi Orang Asli.

Project Leader

Vivien Yew Wong Chin (Faculty of Social Sciences and Humanities, vivienyew@ukm.edu.my)