MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Pembentukan Model Pendidikan Sawit di Kalangan Pelajar Sekolah di Malaysia

2015

Abstract

Kelapa Sawit merupakan antara komoditi penting di Malaysia. Ia memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara. Kelapa sawit merupakan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selain daripada petroleum dan getah. Namun begitu perkembangan sektor sawit di Malaysia menghadapi beberapa cabaran. Antaranya harga sawit yang kurang stabil, masalah kekurangan tenaga buruh, pengeluaran hasil sawit yang kurang konsisten dan juga minat generasi muda terhadap bidang penanaman sawit yang semakin berkurang. Kajian ini memberi tumpuan kepada menilai kecenderungan generasi muda khususnya pelajar-pelajar sekolah untuk menceburi sektor pertanian iaitu penanaman sawit dan mencadangkan penyelesaian kepada masalah ini. Perlu usaha dilaksanakan untuk menilai pengetahuan generasi muda terhadap industri sawit. Dengan adanya maklumat ini, program-program dapat dilaksanakan seawal diperingkat sekolah untuk memberi pendedahan kepada pelajar kepentingan industri sawit kepada negara. Pertanian sawit lebih berintensifkan buruh. Negara banyak bergantung kepada buruh asing dalam sektor sawit. Usaha perlu dilaksanakan supaya kebergantungan kepada tenaga buruh asing ini dapat dikurangkan pada masa depan. Ia hanya boleh dilakukan dengan cara menggalakkan penggunaan tenaga buruh tempatan. Justeru itu usaha perlu dimulakan dari awal dengan menggalakkan lebih ramai generasi muda menceburi bidang ini. Caranya ialah memberi kesedaran kepada generasi muda tentang peluang kerjaya dalam bidang ini seawal yang mungkin. Seterusnya ialah dengan memberi nilai tambah kepada kerja dalam sektor ini. Ia berupaya meningkatkan pendapatan dan akhirnya akan menarik minat lebih ramai generasi muda untuk menceburi bidang pertanian khususnya sawit. Genarasi muda adalah generasi yang produktif berupaya memberi sumbangan tenaga dan idea yang inovatif ke arah menyelesaikan cabaran utama sektor sawit yang berintensifkan buruh. Dengan usaha awal untuk memberi kesedaran kepada generasi muda melalui kurikulum (secara langsung atau tidak langsung), ko-kurikulum (lawatan ke ladang sawit, kilang-kilang dan industri hiliran yang berkaitan, kuiz, pertandingan rekacipta dan inovasi khusus untuk bidang sawit) berupaya menarik generasi muda menjadikan industri pertanian khususnya sawit sebagai kerjaya pilihan.

Project Leader

Mohd Abdullah Jusoh (, )