MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

V-Sawit : Pembelajaran Asas Tanaman Kelapa Sawit berasaskan Pendekatan Demonstrasi melalui Video

Grant Category, Year:  Research Grant, 2020 

Abstract

Usaha memperkasa sektor pertanian dalam menjana ekonomi negara dan melahirkan golongan usahawan tani harus melibatkan golongan belia terutamanya yang berpendidikan. Sokongan terhadap penglibatan belia sebagai modal insan di dalam pertanian komoditi kepala sawit dilihat dapat membantu mempopularkan semula tanaman komoditi ini pada generasi Z selain meluaskan pasaran kelapa sawit di Malaysia. Meskipun bidang pertanian di label sebagai 4D job (Difficult, Dangerous, Dirty and Demeaning) oleh segelintir masyarakat, Kerajaan masih kekal positif mempelbagai usaha bagi meletakkan bidang pertanian seiring dengan teknologi hari ini. Hal ini tidak terkecuali dalam industri kelapa sawit. Industri sawit Malaysia masih kekal antara sektor yang kukuh dalam membantu mempertahankan kemampanan ekonomi negara. (Berita Harian, 2020).

Bagi memberikan info yang tepat kepada belia tentang kaedah tanaman asas kelapa sawit, pelbagai kursus pengajaran dan pembelajaran perlu di sediakan. Demonstrasi merupakan antara kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan secara meluas terutama yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Teknikal dan Vokasional (TVE) (Rahman, 2016). Tujuan kaedah ini ialah untuk menunjukkan sesuatu prosidur melakukan sesuatu dengan cara yang sistematik, teratur, kemas dan berkesan. Kursus-kursus berbentuk demonstrasi lebih cenderung kepada membantu pemahaman peserta (belia) secara praktikal. Namun begitu, setiap kursus yang dicadang pasti akan melibatkan masa dan kos yang tinggi. Hal ini disebabkan oleh proses demonstrasi akan mengambil masa yang lama kerana proses tersebut sukar untuk diulang. Peranan teknologi dalam arus pemondenan memang tidak dapat disangkal lagi terutama video. Penggunaan video bukan sesuatu yang baharu, namun beberapa tahun kebelakangan ini peranan video dalam proses pembelajaran merupakan antara satu keperluan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran seiring dengan kehendak dan keperluan Generasi Z yang lebih terarah kepada visual dan teknologi. Melalui video, peserta boleh mengulangi proses pembelajaran asas sehingga mencapai tahap pemahaman yang baik sebelum, semasa ataupun selepas proses tanaman dilakukan.

Project Leader