MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Kajian Impak Sosioekonomi dan Prospek Masa Hadapan Pekebun Kelapa Sawit di Kawasan Hulu Paka, Dungun, Terengganu

2017

Abstract

Pembangunan sosioekonomi yang menitik beratkan pertumbuhan sosioekonomi masih diguna pakai di kebanyakan negara sehingga hari ini, sama ada di negara kaya mahupun miskin, sama ada negara yang mengamalkan sistem kapitalis, sosialis atau campuran. Strategi ini dianggap bahawa kesejahteraan masyarakat akan dapat ditingkatkan dengan lebih cepat melalui perencanaan satu atau beberapa sektor ekonomi yang dominan atau sektor ekonomi kunci. Peningkatan output sektor kunci akan meningkatkan output sektor lainnya melalui proses penggandaan (multiplier) dan rantaian di antara sektor. Pertumbuhan sosioekonomi yang lebih baik selalu memberikan impak positif ke atas peningkatan pendapatan, pengurangan kadar pengangguran dan kemiskinan. Ini kerana pertumbuhan sosioekonomi akan menyebabkan berlakunya peningkatan aktiviti berkaitan ekonomi dalam pelbagai sektor yang membawa kepada peningkatan jumlah pendapatan perkapita sesebuah negara. Peningkatan aktiviti ekonomi tersebut secara tidak langsung akan mempengaruhi permintaan terhadap keperluan tenaga buruh. Permintaan 2 keperluan terhadap tenaga buruh boleh mengurangkan masalah pengangguran kerana mampu untuk menyumbang pendapatan kepada masyarakat dan seterusnya akan dapat mengurangkan kadar kemiskinan. Isu pembangunan ekonomi sering berkisar mengenai persoalan bagaimana hendak menciptakan struktur ekonomi yang kuat dan mantap sehingga dapat membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera. Pertanian dalam pengertian yang lebih luas merangkumi subsektor tanaman makanan, subsektor perkebunan, subsektor perhutanan, subsektor penternakan, subsektor perikanan dan subsektor perhutanan. Pembangunan pertanian selama ini berjalan relatif lambat kerana lebih menumpukan kepada subsektor tanaman makanan yang memiliki nilai ditambah relatif kecil. Impak sosioekonomi juga akan memberi kesan kepada prospek peningkatan kualiti hidup pekebun kecil kelapa sawit dalam menuju kemajuan dan peningkatan taraf hidup yang semakin meningkat serta kompleks dari semasa ke semasa Justeru, adalah menjadi tujuan kajian ini untuk menganalisis impak sosioekonomi serta prospek masa hadapan pekebun kelapa sawit di kawasan Hulu Paka, Dungun, Terengganu. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik, temu bual bersemuka, focus group discussion (FGD), pemerhatian di lapangan dan rujukan sumber sekunder. Kajian ini dijangkakan akan memberi impak kepada sosioekonomi pekebun kecil kelapa sawit di kawasan Hulu Paka, Dungun, Terengganu. Kajian ini dijangkakan dapat meningkatkan taraf hidup pekebun kecil, menyerlahkan impak positif kepada masyarakat/ komuniti dari segi pembangunan serta kemajuan individu, keluarga dan komuniti seterusnya dapat menjayakan hasrat MPOB untuk memastikan pekebun sawit dapat berdaya saing pada peringkat kawasan, daerah, negeri seterusnya negara.
Taraf hidup dapat mempengaruhi kesejahteraan hidup individu dan masyarakat. Namun indikator tersebut boleh dijejaskan oleh kemiskinan hidup. Kemiskinan telah dapat dikurangkan dengan jayanya sama ada kemiskinan secara keseluruhan, kemiskinan mengikut kawasan bandar-luarbandar, kemiskinan mengikut etnik dan kemiskinan dalam kalangan golongan termiskin. Namun, masih terdapat segolongan masyarakat yang terus dibelenggu masalah kemiskinan yang serius. Peminggiran, kemiskinan dan midset menjadi faktor yang menghalang masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup dan penglibatan awam mereka dengan masyarakat luar dan arus pemodenan semasa.

Project Leader

Junaidi Awang Besar (, )