Kajian Ke Atas Implementasi Standard Malaysia Sustainable Palm Oil (MSPO) Menerusi Inisiatif Terbaik Supply Chain Reference Model (Scor) dalam Rantaian Bekalan Industri Sawit Malaysia
Abstract
Kos untuk pengeluaran sawit makin meningkat di pasaran akibat. Terkini, pengeluar sawit di Malaysia diekehendaki mematuhi standad Minyak Sawit Lestari (MSPO) bagi membolehkan minyak sawit ini diterima dipasaran antarabangsa. Pengenalan standad – standad baru ini boleh meningkatkan tekanan dan kos pengeluaran sawit di Malaysia. Ditambah pula, harga komoditi ini dipasaran pula tidak begitu memberansangkan. Kesan tekanan ini pastinya dirasai oleh semua entiti yang wujud dalam rantai bekalan sawit di Malaysia. Pelbagai inisiatif telah muncul dalam industri sawit untuk mengurangkan kos pengeluaran dan dengan itu meningkatkan pulangan kepada petani - petani. Inisiatif ini telah mengumpul banyak idea dan alat dari industri yang berasaskan praktis yang terbaik yang membawa kepada pengurangan dalam kos pengeluaran sawit. Walaubagaimanapun, inisiatif-inisiatif ini kebanyakkanya tidak menghasilkan output seperti yang diharapkan. Antara punca utama kegagalan ini adalah kerana inisiatif tersebut berhadapan dengan cabaran yang baru berbanding dengan situasi dan keadaan semasa ketika inisiatif tersebut dibangunkan. Dalam usaha ke arah penambahbaikan, aktiviti logistik industri sawit juga tidak terkecuali mengalami situasi yang sama. Sebagai contoh, penambahan standad Malaysia Sustainable Palm Oil (MSPO) secara tidak langsung menjadi satu pemboleh ubah baru dalam pengurusan aktiviti logistik khususnya dan pengurusan rantaian bekalan industri sawit amnya di Malaysia. Objektif kertas kerja ini bertujuan untuk membina satu model implementasi praktis terbaik disamping mengenal pasti cabaran – cabaran yang bakal dihadapi oleh entiti – entiti didalam rantaian bekalan industri sawit dalam mengadaptasikan MSPO. Pembinaan model ini nanti akan berasaskan kepada Supply Chain Operation Reference Model (SCOR) yang diguna pakai oleh Supply Chain International Council. Data akan dikumpul menggunakan kaedah kualitatif i.e temuduga dengan entiti – entiti didalam rantaian bekalan sawit, analisa dokumen dan juga fokus group dan juga survey. Hasil kajian ini nanti akan membolehkan untuk entiti - entiti di dalam rantaian bekalan sawit itu nanti mengenalpasti dan melaporkan aktiviti – aktiviti yang membolehkan penjimatan kos dari perspektif logistik yang fokus kepada implementasi standad MSPO tersebut yang berbeza daripada sistem logistik yang sedia ada. Seterusnya penambahbaikan dalam proses logistik tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih terancang. Secara tidak lansung penjimatan kos ini akan membolehkan petani – petani menikmati pulangan lebih tinggi daripada penjualan hasil tuaian mereka.