MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Kajian Risiko Kemampanan Aspek Keselamatan dan Sosial Pekerja –Pekerja Pengurusan Rantaian Bekalan Sawit Malaysia dalam Menedepani Cabaran Global Seperti Krisis Covid-19 Menggunakan Kaedah Analisis Nilai Rantaian (ANR) dan Juga Social Network Analysis (SNA)

Research Grant, 2020

Abstract

Rantaian bekalan sawit Malaysia mempunyai kebergantungan tinggi kepada eksport ke negara luar dengan permintaan tempatan yang agak besar.

Terdapat banyak risiko isu-isu dalam pelbagai peringkat rantaian bekalan sawit yang boleh meningkatkan risiko kemampanan dari aspek keselamatan dan sosial pekerja – pekerja didalam rantaian bekalan ini. Antaranya adalah seperti krisis kejadian luar kawal seperti kemunculan virus pandemik COVID-19 mahupun SARs.

Sebagai contoh, kajian oleh MPOC dan AllianceDBS Research melaporkan bahawa pandemik COVID-19 telah menjejaskan rantaian bekalan sawit Malaysia dan global kerana banyak negara melaksanakan sekatan dan kawalan pergerakan untuk mengekang penularan wabak berkenaan. Cabaran global seperti ini secara langsung memberi kesan dari aspek sosial dan keselamatan para pekerja dalam rantaian bekalan sawit itu sendiri.

Oleh yang demikian, kajian perlu dilaksanakan kerana adalah penting untuk mengenal pasti semula secara terperinci risiko tahap kemampanan aspek sosial dan keselamatan para pekerja dalam rantaian bekalan sawit yang mungkin timbul daripada aktivit – aktiviti proses pengeluaran minyak sawit dan pengilangan, penyimpanan dan pengedaran, dasar kerajaan, turun naik permintaan dan sebagainya. Pemetaan aktiviti–aktiviti ini akan membolehkan rantain bekalan sawit Malaysia menjadi lebih mampan dalam menghadapi risiko –risiko seperti pandemik COVID 19 di masa hadapan.

Dengan menggunakan teknik nilai Analisis Nilai Rantaian (ANR) dan juga Sosial Network Analysis (SNA), kajian ini akan mengkaji struktur rantaian bekalan sawit di Malaysia, aktiviti, dan mengenal pasti faktor risiko yang berkaitan pada kemampanan aspek sosial dan keselamatan para pekerja didalam rantaian bekalan sawit di Malaysia dalam konteks krisis seperti pandemik Covid-19. Semua faktor risiko disetiap peringkat akan dinilai berdasarkan kaedah ANR dan langkah-langkah mitigasi yang berkaitan akan dicadangkan.

Project Leader

Lokhman Hakim Osman (Faculty of Economics and Management, lokhman@ukm.edu.my)