MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Latihan untuk Penyertaan Belia Orang Asli sebagai Pekebun Kecil Kelapa Sawit: Kajian Kes di Kampung Orang Asli Sungai Mai, Jerantut, Pahang

Research Grant, 2017

Abstract

Industri kelapa sawit memerlukan tenaga buruh yang intensif, khasnya di ladang kelapa sawit. Dalam dua tiga tahun ini, kelihatan pekerja ladang lebih cenderung kepada pekerja warga asing. Pekerja tempatan merupakan sebahagian kecil penyertaan mereka dalam kebun kelapa sawit yang dimiliki oleh keluarga mereka. Berikutan kajian yang baru tamat dijalankan di kebun kelapa sawit kawasan Kampung Orang Asli Sungai Mai, Jerantut; hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa orang belia Orang Asli dalam kampung tersebut yang mempunyai minat untuk melibatkan diri mereka dalam kerja kebun kelapa sawit milik keluarga. Akan tetapi, hasil kajian juga mendapati bahawa ada sebahagian besar daripada belia Orang Asli dalam kampung tersebut mempunyai persepsi yang negatif terhadap penyertaan mereka dalam kebun kelapa sawit. Antara persepsi yang negatif termasuk usaha yang sia-sia, kerja di bandar memberi pulangan yang lebih tinggi serta tiada masa hadapan mengerjakan kebun kelapa sawit. Berdasarkan permasalahan kajian tersebut tadi, kajian ini bertujuan untuk meneliti persepsi negatif belia Orang Asli terhadap penglibatan mereka dalam kebun kelapa sawit milik keluaga. Seterusnya, kajian ini juga ingin mengenalpasti faktor-faktor yang boleh menarik minat belia Orang Asli untuk bekerja di kebun kelapa sawit. Kaedah kajian yang melibatkan temubual mendalam dan kumpulan perbincangan berfokus akan digunakan pada 20 orang belia Orang Asli dalam kampung Sungai Mai, Jerantut, Pahang yang dipilih secara purposif. Hasil kajian diharapkan berjaya dalam menukar persepsi belia Orang Asli terhadap penglibatan belia dalam kerja kebun kelapa sawit. Selain itu, diharap kajian ini dapat melatih sekurang-kurangnya dua orang belia Orang Asli yang selama ini belum pernah bekerja di kebun kelapa sawit untuk membantu ibubapa mereka dalam kebun. Hasil kajian adalah penting kerana jika kajian ini berjaya dalam melibatkan lebih belia Orang Asli dalam kebun kelapa sawit, maka pendapatan keluarga Orang Asli akan bertambah dan seterusnya mempertingkatkan taraf kehidupan komuniti Orang Asli. Selain daripada ini, dua orang belia yang berjaya menukar persepsi negatif mereka terhadap penglibatan mereka dalam kebun kelapa sawit itu boleh dijadaikan ‘role model’ kepada belia yang lain samada dalam kampung Sungai Mai atau kampung-kampung Orang Asli yang lain di mana terdapat juga keluarga Orang Asli yang mengerjakan kebun kelapa sawit.

Project Leader

Vivien Yew Wong Chin (Faculty of Social Sciences and Humanities, vivienyew@ukm.edu.my)