MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Memperkasa Amalan Pertanian Baik ke Arah Peningkatan Kecekapan Pekebun Kecil Persendirian Sawit di Malaysia

Research Grant, 2023

Abstract

Produktiviti pekebun kecil persendirian (PKP) yang diukur daripada pengeluaran buah tandan segara (BTS) masih tidak dapat mencapai tahap maksima pengeluaran iaitu 30t/ha/thn-40t/ha/thn walaupun industri sawit negara dilihat semakin berkembang dari semasa ke semasa. Tambahan, kesan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) hanya dapat dilihat ke atas penjagaan alam sekitar apabila pekebun dan pengilang mematuhi peraturan penjagaan alam sekitar seperti yang telah ditetapkan dalam MSPO. Namun, peranan dan kesan MSPO terhadap peningkatan produktiviti masih menjadi persoalan. Maka, kajian menjangkakan Amalan Pertanian Baik (APB) yang merupakan komponen dalam Prinsip ke-6 MSPO mampu membantu dalam menyelesaikan permasalah ini. Hal ini disebabkan kewujudan APB adalah untuk meningkatkan produktiviti iaitu output yang dikeluarkan, kualiti, dan kemapanan minyak sawit secara global di samping menjaga dan mengekalkan alam sekitar.

Oleh itu, kajian akan melakukan pengukuran tahap kecekapan teknik PKP dalam melaksanakan APB dan kecekapan teknik mengikut ciri tanah di kebun iaitu jenis tanah. Kaedah temu bual separa berstruktur menggunakan soal selidik dengan 400 PKP di Malaysia akan dijalankan. Kaedah PLS-SEM digunakan bagi mendapatkan nilai APB yang telah dilaksanakan oleh PKP dan seterusnya nilai tersebut akan digunakan sebagai nilai kepada pemboleh ubah APB dalam fungsi pengeluaran dan fungsi kecekapan teknik. Manakala, Analisis Perbatasan Meta Stokastik (SMFA) digunakan dalam kajian ini adalah untuk mengukur tahap kecekapan pelaksanaan APB oleh PKP disamping mengikut ciri tanah yang terdapat di kebun mereka iaitu jenis tanah. Penggunaan kedua-dua kaedah dalam kajian ini secara langsung dapat mencapai objektif kajian.

Dapatan kajian ini dijangka merumuskan beberapa perkara penting bagi penggubal dasar dan pemegang taruh seperti Malaysian Palm Oil Board (MPOB). Strategi baharu itu akan mempertingkat dasar dan langkah sedia ada untuk memastikan isu negatif yang dihadapi industri sawit negara dapat ditangani.

Project Leader