MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Modal Manusia, Teknologi dan Prestasi Industri berasaskan Minyak Kelapa Sawit di Malaysia

2015

Abstract

Secara umumnya, modal manusia, teknologi dan prestasi industri mempunyai hubungan positif antara satu sama lain dan seterusnya menentukan prestasi industri seperti pertumbuhan output, produktiviti buruh, kecekapan dan produktiviti faktor keseluruhan (TFP). Dalam konteks ini industri berasaskan minyak kelapa sawit yang merupakan salah satu Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) amat perlu memperkasakan pencapaian modal manusia pekerjanya dan penggunaan teknologi demi meningkatkan prestasi industri ini. Industri minyak sawit Malaysia merupakan penyumbang ke-empat terbesar kepada ekonomi negara dan pada masa ini menyumbang sebanyak RM1,889 juta (8%) daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita. Salah satu isu utama di dalam sektor pertanian ini ialah harga komoditi yang rendah contohnya, harga minyak sawit mentah secara puratanya hanyalah RM893 per tan dalam tahun 2001 sedangkan kos pengeluaran per tan adalah RM800 berbanding RM993 per tan dalam tahun 2000. Dengan margin keuntungan yang tipis dan kemerosotan penanaman kelapa sawit, adalah dibimbangi memberi kesan ke atas produktiviti dalam masa jangka panjang memandangkan ianya merupakan salah satu sektor utama di dalam menjana pendapatan negara dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan (Laporan Produktiviti 2002). Selain dari faktor luar kawalan seperti keadaan cuaca, hasil pertanian yang baik adalah bergantung kepada kualiti biji benih dan baja. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, prestasi hiliran minyak kelapa sawit perlu dipertingkatkan. Kjaian ini bertujuan menganalisi impak modal manusia dan teknologi terhadap industri berasaskan minyak kelapa sawit di Malaysia dengan menggunakan data industri pada tahap MISC 5 digit bagi tempoh 199-2012. Analisis yang digunakan adalah menggunakan SUR dan pmg bagi melihat hubungan jangka panjang dan jangka pendek. Hasil kajian ini menjangkakan himpak postif modal manusia (kategori pekerjaan dan perbelanjaan latihan) serta teknologi (R&D, ICT) terhadap prestasi industri (pertumbuhan output, produktiviti buruh, kecekapan teknik dan TFP). Dapatan ini diharapkan dapat membantu industri dalam menilai prestasi industri dan meningkatkanpencapaian modal manusia dan teknologi.

Project Leader

RAHMAH ISMAIL (Faculty of Economics and Management, )