MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Model Pengupayaan Minda Inovasi Sosial Abad Ke 21 Belia Generasi Kedua (Gen2) Pekebun Kecil Felda Kelapa Sawit

Research Grant, 2018

Abstract

Pola pemikiran dan karakter inovasi sosial berdaya saing dan berdikari belia GEN2 Felda perlu dibentuk demi mencapai impian yang dicita-citakan oleh mereka. Tetapi isu dan permasalahannya belum terdapat usaha yang kolektif untuk melihat pandangan dan pendapat belia GEN2 Felda mengenai inovasi sosial atau paradigma sosial belia yang mampu berdaya saing dan berdikari untuk kemajuan negara ke Abad 21. Berdasar kepada teori ekologi sosial Bronfenbrenner, inovasi sosial terbentuk hasil pengaruh keluarga (akar umbi), sehinggalah peringkat mikro, meso dan makro (global). Dalam era revolusi industri keempat (4IR), belia GEN2 Felda mudah mendapat pendedahan dari persekitaran bermaklumat, tetapi kurang mempunyai ruang dan peluang mengeluarkan idea apa yang mereka mahu mengenai inovasi sosial berdaya saing dan berdikari dalam pembangunan. Persoalannya apakah model, komponen dan formula karakter inovasi sosial berdaya saing dan berdikari untuk pembangunan Abad ke 21 menurut pandangan belia GEN2 Felda ? Berdasar Bronfenbrenner, inovasi sosial masyarakat maju terbahagi kepada lima iaitu good innovator, human innovator, collaborative innovator, intelligent innovator dan wisdom innovator. Hipotesis kajian ini menyatakan collaborative innovator dan wisdom innovator merupakan asas penting kepada pembentukan karakter inovasi sosial berdaya saing dan berdikari belia GEN2 Felda untuk Abad ke 21. Objektif pertama kajian ialah menghasilkan model, komponen dan pembolehubah karakter inovasi sosial berdaya saing, berdikari dan berdaya tahan generasi GEN2 Felda sebagai input halatuju pembangunan abad ke 21. Objektif kedua, menghasilkan formula boleh ukur inovasi sosial berdaya saing, berdikari dan berdaya tahan dalam kalangan GEN2 Felda untuk lonjakan daripada kelompok B40 kepada M40. Objektif ketiga, menghasilkan rekabentuk inovasi sosial generasi GEN2 Felda sebagai panduan kepada pembentukan Modul perubahan pola pemikiran (mindset change) dan karakter inovasi mereka. Kajian ini mengguna metod Open Space Technology (OST) dengan mengambil 100 responden belia GEN2 Felda. Hasil kajian ini ialah model, formula dan bentuk modul inovasi sosial berdaya saing dan berdikari belia GEN2 Felda Abad ke 21.

Project Leader

Jalaluddin Abdul Malek (Faculty of Social Sciences and Humanities, jbam@ukm.edu.my)