MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Pembangunan Modul Pembelajaran Industri Sawit Berbentuk Transmedia Storytelling serta Aplikasi dalam Talian Celiksawit: Satu Pendedahan Awal tentang Industri Perkebunan Kelapa Sawit Malaysia terhadap Remaja dan Kanak-Kanak Melalui Kaedah Pembelajaran atas Talian

Grant Category, Year:  Research Grant, 2019 

Abstract

Kebanyakan generasi muda tidak mempunyai minat untuk menceburkan diri dalam industri sawit kerana tidak mempunyai pengetahuan yang cukup serta minat terhadap pekerjaan dalam bidang perladangan ini. Marlyna Maros, Azianura Hani Shaari, Er Ah Choy (2019) dalam satu kajian yang terbaru, mendapati bahawa remaja di kawasan bandar tidak bersetuju bahawa Industri kelapa sawit dapat memberikan pendapatan yang lumayan setaraf dengan bidang pekerjaan professional yang lain. Ini menunjukkan bahawa bidang pekerjaan ini tidak berada di dalam lingkungan keperluan sedia ada, mahupun keperluan idea mereka. Remaja di kawasan bandar secara khususnya, tidak melihat industri minyak sawit Malaysia sebagai satu bidang pekerjaan yang ideal. Salah satu faktor yang menyumbang kepada persepsi sebegini adalah kurangnya pendedahan terhadap keberuntungan dalam bidang pekerjaan ini. Salah satu cara untuk menangani isu ini adalah dengan memberi pendedahan awal tentang ilmu perladangan sawit terhadap pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Justeru, penyelidikan ini bertujuan untuk membina modul pembelajaran berbentuk transmedia storytelling, seterusnya menjadikan modul ini sebagai sebuah aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai CelikSawit yang dapat digunakan oleh remaja di Malaysia sebagai salah satu platform pembelajaran tidak rasmi tentang ilmu perkebunan kelapa sawit. Dengan pembinaan aplikasi pembelajaran dalam talian ini, remaja dapat membina kesedaran serta ilmu pengetahuan awal, tentang ilmu perkebunan kelapa sawit, seterusnya meningkatkan minat mereka untuk menjadikan industri ini sebagai bidang pekerjaan mereka di masa hadapan. Di samping memberi penerangan mengenai ilmu perkebunan kelapa sawit, modul CelikSawit juga memberi pendedahan tentang kelebihan dan peluang kerjaya kepada remaja Malaysia. Pembinaan modul pembelajaran berbentuk transmedia storytelling serta aplikasi pembelajaran adalah berasaskan teori perkembangan pembelajaran remaja dan kanak-kanak (Piaget, 1972) dan teori konstruktivisme (Bruner, 1966).

Project Leader

Azianura Hani Shaari (Faculty of Social Sciences and Humanities, azianura@ukm.edu.my)