MPOB-UKM ENDOWMENT CHAIR

 

Pengaplikasian Modul Pemerkasaan Para Pekerja MPOB di Lapangan dari Aspek Fiqh Ta’amul, Big Five Personaliti dan Kualiti Kehidupan

Grant Category, Year:  Research Grant, 2018 

Abstract

Kajian ini berkaitan Pengaplikasian Modul Pemerkasaan Para Pekerja MPOB di lapangan dari Aspek Fiqh Ta’amul, Big Five Personaliti dan Kualiti Kehidupan dalam Memperkasakan Para Pekerja MPOB di lapangan. Objektif kajian ini pertama untuk mengenengahkan pendekatan Fiqh Ta’amul, Kualiti Hidup dan Big Five Personaliti sebagai kerangka modul pemerkasaan. Kedua, untuk memberi pendedahan kepada semua para Para Pekerja MPOB di lapangan tentang bagaimana aspek pemerkasaan pekerja MPOB yang menganut pelbagai agama di Negara ini dapat dipupuk melalui pendekatan Islam yang dinamakan sebagai Fiqh al-ta’amul (fiqh berkaitan pergaulan dan interaksi sihat). Ketiga untuk mengukuhkan personaliti diri secara mapan yang menjadikan para Pekerja MPOB di lapangan sebagai platform utama bagi menjana Malaysia sebagai Negara yang sejahtera dan bahagia menjelang wawasan 2020. Kajian ini bersifat kajian lapangan (fieldwork research). Empat kaedah digunakan bagi mendapatkan data kajian. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan kualitatif serta melibatkan kajian lapangan. Pertama, melalui analisis dokumen dilakukan untuk mencari maklumat yang terperinci tentang teori modul pembangunan fiqh ta’amul dan Big Five personaliti dengan mengaitkannya dengan motivasi, konsep kendiri, personaliti para Pekerja MPOB di lapangan. Kedua, menerusi kaedah in depth interview akan dilakukan dengan kalangan para Pekerja MPOB di lapangan. Ini bagi mendapatkan maklumat yang mendalam tentang fiqh ta’amul, Kualiti Hidup dan Big Five personaliti kalangan para para Pekerja MPOB di lapangan. Persampelan purposive sampling akan digunakan bagi mendapatkan sampel temubual ini. Teknik pengumpulan data secara triangulasi yang melibatkan temubual tidak berstruktur digunakan ke atas 100 orang para Pekerja MPOB di lapangan dengan menggunakan temubual tertutup bagi mendapatkan pandangan yang lebih mendalam. Keempat, Sebanyak 100 borang soalselidik akan diedarkan kepada kalangan para Pekerja MPOB di lapangan. Sampel soalselidik akan dipilih berdasarkan kuota sampling. Kelima, penyelidik akan melakukan partispasi dengan program kalangan para Pekerja MPOB di lapangan ini bagi maklumat mendalam dan gambaran secara langsung di lapangan dan lukisan projektif.

Project Leader

Zaizul Ab Rahman (Faculty of Islamic Studies, zaizul@ukm.edu.my)