Strategi Peningkatan Nilai Tambah dan Kelestarian Ekonomi dalam Industri Kelapa Sawit bagi Pekebun Kecil di Sarawak
Abstract
Industri kelapa sawit merupakan komoditi utama Malaysia, menyumbang RM 48.31 bilion atau 56.8% daripada KDNK pada tahun 2020. Pekebun kecil, yang memiliki ladang kurang daripada 50 hektar, memainkan peranan penting dalam rantaian pengeluaran ini. Namun, mereka menghadapi cabaran seperti kekurangan tanah, akses kredit, bahan tanaman berkualiti, latihan, dan kemudahan pemprosesan. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti cabaran utama yang dihadapi oleh pekebun kecil di Sarawak, menilai strategi dan inisiatif untuk meningkatkan nilai tambah, menganalisis impak peningkatan nilai tambah terhadap pendapatan dan kualiti hidup, serta mencadangkan polisi dan amalan terbaik untuk menyokong pekebun kecil. Kajian ini selaras dengan Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 menekankan kepentingan peningkatan produktiviti dan nilai tambah dalam sektor agrikomoditi melalui penggunaan teknologi moden dan amalan pertanian lestari. Kaedah penyelidikan ini menggabungkan analisis kualitatif dan kuantitatif. Data primer akan dikumpulkan melalui soal selidik dan temubual dengan 350 pekebun kecil, manakala data sekunder diperoleh dari kajian literatur dan laporan industri. Analisis deskriptif, tematik, regresi, dan korelasi akan digunakan untuk menganalisis data. Temubual dengan pakar dan pegawai kerajaan juga akan dilakukan untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai dasar dan sokongan yang diperlukan.Penyelidikan ini dijangka mengenalpasti cabaran utama yang menghalang peningkatan nilai tambah, serta memberikan cadangan strategi dan inisiatif yang berkesan. Implikasi kajian ini termasuk peningkatan produktiviti dan daya saing pekebun kecil, serta pembangunan sosio-ekonomi komuniti luar bandar yang lebih baik. Dengan ini, kajian ini akan menberikan panduan praktikal dan berasaskan bukti kepada pembuat dasar, agensi kerajaan, pekebun kecil, membantu mereka mengatasi cabaran dan memanfaatkan protesi nilai tambah dalam industri kelapa sawit. Kajian ini juga diharapkan dapat menyumbang kepada kestablian ekonomi tempatan dan negara, serta kelestarian industri kelapa sawit dalam jangka panjang, selari dengan hala tuju Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030. Output penyelidikan ini akan menyediakan panduan praktikal dan berasaskan bukti kepada pembuat dasar, agensi kerajaan, dan pekebun kecil, membantu mereka mengatasi cabaran dan memanfaatkan potensi nilai tambah dalam industri kelapa sawit. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada kestabilan ekonomi tempatan dan negara serta kelestarian industri kelapa sawit dalam jangka panjang.