Tingkah Laku Pematuhan Pensijilan MSPO dalam Kalangan Pekebun Kecil Persendirian: Kes Negeri Johor

Research Grant, 2020

Abstract

Pelaksanaan pensijilan MSPO bertujuan untuk memastikan pengeluaran minyak sawit dilaksanakan secara mampan. Ini adalah selaras dengan permintaan pengguna yang mengkehendaki pembangunan dan pengeluaran minyak sawit tidak memusnah dan mencemar alam sekitar, mengikuti amalan pertanian yang baik, pengurusan sumber yang mampan dan mematuhi semua peraturan yang berkuatkuasa. Selaras dengan komitmen Malaysia terhadap pengeluaran minyak sawit mampan, Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) telah mula dilaksanakan mulai 2015 dan telah dijadikan mandatori mulai 1 Januari 2020. Pencapaian pekebun kecil persendirian dalam mendapatkan pensijilan MSPO adalah amat rendah (10.66%) berbanding dengan lain-lain pemegang taruh dalam industri sawit. Pekebun kecil persendirian merupakan pemegang taruh yang penting di dalam rantaian pengeluaran sawit dan ketidakupayaan mereka untuk turut serta dalam pembangunan dan pengeluaran mampan akan menjejaskan sumber pendapatan mereka sekiranya hanya minyak sawit yang disijilkan dapat diperdagangkan. Selain itu, ketidakpatuhan ini akan juga memberi kesan terhadap komitmen negara di dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan 2030. Pekebun kecil persendirian menghadapi pelbagai masalah seperti kurang kemahiran dan pengetahuan, kekangan kewangan, ketiadaan dokumen undang-undang, tidak mengamalkan amalan pengurusan pertanian yang baik, tiada penyimpanan rekod dan tidak mematuhi keperluan untuk pensijilan. Justeru itu, kajian tingkah laku dalam pematuhan pensijilan mampan adalah releven untuk dilaksanakan kerana pelaksanaan kemampanan memerlukan komitmen dan penglibatan individu yang terlibat. Tingkah laku turut memainkan peranan dalam mendorong pekebun kecil persendirian untuk menyertai pensijilan MSPO selain daripada kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu pekebun kecil persendirian. Kerangka konseptual kajian ini adalah hasil daripada gabungan Teori Tingkah Laku Terancang dan Model Pemecahan Teori Tingkah Laku. Kajian ini mensasarkan enam objektif untuk dicapai. Pertama, mengenalpasti tahap penglibatan pekebun kecil persendirian dalam Pensijilan MSPO. Kedua, mengkaji hubungkait faktor anteseden sikap (pengetahuan, latihan dan persepsi mudah laksana) dengan sikap. Ketiga, mengkaji hubungkait faktor anteseden norma subjektif (pengaruh interpersonal dan pengaruh luaran) dengan norma subjektif.

Project Leader