Aktiviti

KURSI SHEIKH OTHMAN SARAWAK

Wacana Kursi Sheikh Othman Sarawak merupakan aktiviti berkala yang dianjurkan oleh Kursi Sheikh Othman Sarawak bertujuan untuk menjadi platform kepada para sarjana bagi membicarakan bidang berkaitan dengan isu semasa berkaitan dengan komuniti masyarakat Sarawak.

Pada Bil. 2/2024, Wacana Kursi telah diadakan dengan kerjasama Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam (ArabIC), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 16 Ogos 2024 bersamaan 11 Safar 1446H. Wacana ilmu yang dihadiri seramai 10 orang peserta telah diadakan di Bilik Mesyuarat Dato’ Dr. Haron Din, Fakulti Pengajian Islam, UKM

Wacana yang bertajuk JEJAK ISLAM ZAMAN KESULTANAN PAGARUYUNG telah disampaikan oleh Profesor Dr. Yulizal Yunus Datuk Rajo Bagindo. Beliau merupakan pensyarah di Universiti Islam Negeri (UIN) Imam Bonjol, Padang Indonesia. Beliau juga dikenali sebagai ahli akademik dan penyelidik yang berkecimpung dalam bidang sejarah dan Adat Minangkabau terutamanya berkaitan kerajaan Kerabat Minangkabau. Wacana yang berlangsung selama 2 jam setengah tersebut fokus membincangkan sejarah dan susur galur Islam semasa Zaman Kesultanan Pagaruyung yang bermula sejak tahun 1403M.

Perbincangan topik tersebut secara langsung memberi pendedahan kepada ahli akademik UKM khususnya di Fakulti Pengajian Islam berkenaan sejarah Islam semasa Zaman Kesultanan Pagaruyung secara lebih khusus.

Secara keseluruhan, wacana ilmu ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Peserta memberikan maklum balas positif mengenai pencerahan yang diberikan oleh penceramah dan platform yang disediakan untuk perbincangan interaktif.

 Bengkel Pemantauan Geran Penyelidikan Kursi Sheikh Othman Sarawak 2024 dianjurkan bertujuan menjadi platform kepada penerima Geran Penyelidikan Kursi Sheikh Othman Sarawak 2024 membentangkan laporan terkini berkenaan penyelidikan yang sedang dijalankan oleh penerima geran tersebut. Selain itu, penganjuran bengkel ini juga merupakan satu platform kepada penerima geran untuk memperoleh maklum balas dan penilaian daripada Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kursi Sheikh Othman Sarawak 2024 bagi tujuan penambahbaikan laporan akhir penyelidikan.

Bengkel yang diadakan pada 15 Ogos 2024 bersamaan 10 Safar 1446H dihadiri oleh dua (2) orang penerima geran dan lima (5) orang Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kursi Sheikh Othman Sarawak di Bilik Mesyuarat Dato’ Dr. Haron Din, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Dua orang penerima geran telah membentangkan hasil laporan penyelidikan mereka yang terkini:

Penerima 1
Dr. Hamizah Abd. Hamid
Pusat Kajian Perniagaan Global & Ekonomi Digital

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tajuk Penyelidikan: Developing A Model of Survivability For Muslim-owned Sarawak-Based Entrepreneurial Ventures (EP-2023-040)

Penerima 1
Prof. Madya Dr. Mohd. Nor Shahizan Ali
Pusat Kajian Media & Komunikasi

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tajuk Penyelidikan: Pendekatan Teknologi Kreatif Peribahasa Melayu dalam Penerapan Nilai-Nilai Murni Komuniti Pelajar Dyslexia di Sarawak dalam Era Digitalisasi (SK-2023-042)

Secara keseluruhan, bengkel yang dijalankan memberi ruang kepada para penyelidik untuk bertukar pendapat dan idea  bagi tujuan penambahbaikan penyelidikan yang sedang dijalankan.

 

 

Wacana Kursi Sheikh Othman Sarawak merupakan aktiviti berkala yang dianjurkan oleh Kursi Sheikh Othman Sarawak bertujuan untuk menjadi platform kepada para sarjana bagi membicarakan bidang berkaitan dengan isu semasa berkaitan dengan komuniti masyarakat Sarawak.

Pada Bil.1/2024, Wacana Kursi telah diadakan dengan kerjasama Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam (ArabIC), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 25 Julai 2024 bersamaan 19 Muharram 1446H. Wacana ilmu yang dihadiri seramai 40 orang peserta yang dijalankan secara dalam talian iaitu melalui pelantar Zoom Meeting dan siaran langsung di FB Page Rasmi Kursi Sheikh Othman Sarawak, UKM.

Wacana pada kali ini bertajuk PENDEKATAN NGO ISLAM DALAM DAKWAH ISLAM DI BINTULU SARAWAK telah disampaikan oleh Ustaz Awang Mohamad Haffis bin Awang Liman. Beliau merupakan pemegang Biasiswa Kursi Sheikh Othman Sarawak di peringkat Sarjana. Wacana yang berlangsung selama hampir dua jam ini telah dikendalikan oleh moderator, YBrs. Dr. Mohamad Zulfazdlee bin Abul Hassan Ashari, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam (ArabIC), Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Perbincangan topik tersebut secara langsung memberi pendedahan kepada ahli akademik UKM khususnya di Fakulti Pengajian Islam berkenaan pembangunan dan pendekatan dakwah dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan praktis terkini di Sarawak.

Intipati kupasan topik wacana tersebut memfokuskan berkenaan tiga (3) buah organisasi bukan kerajaan (NGO) di Bintulu, Sarawak yang terlibat secara aktif dalam usaha dakwah di kawasan setempat tersebut. Antaranya ialah Hikmah Cawangan Bintulu, Hidayah Centre (HC) Foundation Bintulu dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Malaysian Chinese Muslim Association, MACMA). Kumpulan sasaran dakwah yang dilakukan oleh NGO tersebut bukan hanya tertumpu kepada golongan muallaf semata-mata, tetapi juga mencakupi golongan
bukan Islam. Sebagai contoh, inisiatif yang dijalankan oleh Hidayah Centre (HC) Foundation Bintulu dengan mengadakan Program Outreach kepada golongan bukan Islam di Bintulu. Pelaksanaan program seperti itu, bukan sahaja dilihat sebagai sebuah medium dakwah, tetapi secara langsung dapat mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat setempat Bintulu yang berbilang agama dan bangsa.

Seterusnya, perbincangan wacana diakhiri dengan membincangkan berkenaan isu dan permasalahan yang dihadapi oleh pihak NGO Islam dalam menjalankan gerak kerja dakwah di Bintulu, Sarawak. Antara isu utama ialah kekurangan sumber kewangan, penyelarasan aktiviti dakwah yang kurang sistematk dan geografi muka bumi Sarawak yang terlalu luas serta demografi masyarakat setempat yang berselarakan menjadi punca gerak kerja dakwah di Bintulu, Sarawak sukar dijalankan.

Secara keseluruhan, wacana ilmu ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Peserta memberikan maklum balas positif mengenai pencerahan yang diberikan oleh penceramah dan platform yang disediakan untuk perbincangan interaktif.

Urusetia Kursi Sheikh Othman Sarawak, UKM menawarkan biasiswa pasca-siswazah bagi SEORANG (1) CALON peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) yang akan mengikuti pengajian di UKM pada Semester 1, Sesi 2023/2024. Tempoh tajaan biasiswa adalah selama 3 TAHUN/6 SEMESTER sepanjang pengajian mencakupi yuran pengajian dan elaun sara hidup sebanyak RM 2,200.00 sebulan
(Keutamaan biasiswa diberikan kepada anak negeri Sarawak).

2. Bidang penyelidikan di bawah biasiswa ini berkaitan PEMERKASAAN SOSIO-EKONOMI MASYARAKAT DI SARAWAK dan dibahagikan kepada pecahan berikut: 
   i.  Teknologi Terkehadapan (Untuk Pertanian);
   ii. Ekonomi Digital;
   iii. ATAU Pembangunan Modal Insan/Sumber Manusia.
 
3. Permohonan biasiswa boleh diisi melalui Google Form seperti di pautan berikut: https://forms.gle/hoy5sY7FCdjK43ju9
 
4. Tarikh Tutup Permohonan Biasiswa ialah pada 16 SEPTEMBER 2023.
 
5. Bersama ini dilampirkan Garis Panduan Biasiswa Kursi SOS 2023 dan Poster Hebahan Tawaran Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak untuk hebahan di agensi/institut/universiti Y. Bhg. Prof. Ulung/Prof./Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datu/Tuan/Puan. Segala syarat permohonan dan maklumat lanjut, boleh layari laman web www.ukm.my/kursisos dan hubungi Pejabat Urusetia Kursi Sheikh Othman Sarawak di talian 03-89215622 atau emel kursisos@ukm.edu.my.
 
Urus Setia Kursi Wakaf Sheikh Othman Sarawak, UKM menawarkan Geran Penyelidikan Tindakan Kursi Wakaf Sheikh Othman Sarawak bagi tahun 2-2023 untuk warga akademik UKM berjumlah RM 20,000.00. Tempoh penyelidikan adalah selama dua belas (12) bulan
 
2. Matlamat geran berpaksikan kepada pembangunan negeri Sarawak dan bidang penyelidikan yang ditawarkan oleh geran ini adalah seperti berikut: 
   i.  Teknologi Terkehadapan (Untuk Pertanian);
   ii. Ekonomi Digital;

   iii. atau Pembangunan Modal Insan.

3. Permohonan biasiswa boleh diisi melalui Borang Permohonan – Geran Penyelidikan Kursi SOS yang dan dikemukakan kepada pihak Urus Setia menerusi emel kursisos@ukm.edu.my selewat-lewatnya pada 16 SEPTEMBER 2023.
 
4. Bersama ini dilampirkan Garis Panduan Geran Penyelidikan Kursi SOS 2023, Borang Cadangan Penyelidikan dan Poster Hebahan Geran Penyelidikan Tindakan Kursi Wakaf Sheikh Othman Sarawak. Segala syarat permohonan dan maklumat lanjut, boleh layari laman web www.ukm.my/kursisos dan hubungi Pejabat Urusetia Kursi Sheikh Othman Sarawak di talian 03-89215622 atau emel kursisos@ukm.edu.my.
Urus Setia Kursi Wakaf Sheikh Othman Sarawak akan menganjurkan Syarahan Kursi Wakaf Sheikh Othman Sarawak Bil. 1/2022 seperti maklumat yang berikut: 
 
Pembentang : S.S. Y. Bhg. Datu Haji Kipli Haji Yassin (Mufti Sarawak) 
Tajuk : Fatwa Berhikmah, Ummah Sejahtera: Pengalaman di Sarawak
Tarikh : 24 Ogos 2022 (Rabu) 
Masa : 10.00 pagi -12.00 tengahari 
 
Penyertaan adalah PERCUMA dan E-Sijil akan diberikan. Bagi kakitangan UKM, kehadiran akan direkodkan dalam Sistem Urus Bakat UKM. Bersama ini, dilampirkan poster syarahan untuk hebahan. 
Kursi Wakaf Sheikh Othman Sarawak, UKM menawarkan Geran Penyelidikan Tindakan Kursi Wakaf Sheikh Othman Sarawak untuk warga akademik UKM berjumlah RM 20,000.00. Tempoh penyelidikan adalah selama dua belas (12) bulan dengan memberi fokus bidang penyelidikan seperti berikut:
1.  Kerangka Ekonomi Digital Negeri Sarawak; dan
2.  Pembangunan Tamadun Negeri Sarawak.
 
Permohonan biasiswa boleh diisi melalui Borang Cadangan Penyelidikan yang dilampirkan dan dikemukakan kepada pihak Urus Setia menerusi emel kursisos@ukm.edu.my selewat-lewatnya pada 16 SEPTEMBER 2022.
 

Garis Panduan Geran Penyelidikan SOS

Borang Cadangan Penyelidikan Geran  Kursis SOS

 

Biasiswa Kursi Sheikh Othman Sarawak mula diperkenalkan pada tahun 2022. Biasiswa ini ditawarkan oleh Urusetia Kursi Sheikh Othman Sarawak, UKM bagi calon pasca-siswazah yang akan dan sedang menjalankan penyelidikan di peringkat Sarjana (Mod Penyelidikan) berkaitan pembangunan masyarakat Islam Sarawak. Antara bidang penyelidikan yang ditaja adalah seperti berikut:
i.  Ekonomi Digital Negeri Sarawak;
ii. Pembangunan Tamadun Negeri Sarawak;
iii. Pertanian Moden;
iv. Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 JULAI 2022

Garis Panduan Biasiswa  |   Pautan Borang Permohonan 

Majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian Penubuhan Kursi Sheikh Othman Sarawak di Tingkat 22, Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Wisma Bapa Malaysia. Petrajaya Kuching pada hari Isnin 8 November 2021 jam 10.30 pagi. Majlis dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Ts. Dato’ Dr. Mohd Ekhwan Bin Hj. Toriman dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Haji Misnu Bin Haji Taha serta para delegasi dari kedua-dua pihak.

Pelancaran Buku Kursi Sheikh Othman Sarawak: Sejarah dan Wawasan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg pada Majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian Penubuhan Kursi Sheikh Othman Sarawak di Tingkat 22, Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Wisma Bapa Malaysia. Petrajaya Kuching pada hari Isnin 8 November 2021 jam 10.30 pagi.