Biografi

SHEIKH OTHMAN SARAWAK

Sheikh Othman Sarawak

SHEIKH OTHMAN SARAWAK, atau nama sebenarnya Sheikh Othman bin Abdul Wahab merupakan seorang figura yang tidak asing lagi dalam perkembangan Islam di Bumi Kenyalang. Dilahirkan di Kuching, Sarawak pada tahun 1863, beliau merupakan ulama terkenal yang sezaman dengan Tok Kenali dari Kelantan dan Sheikh Abdullah Fahim dari Pulau Pinang. Menerima pendidikan di Masjidil Haram, Makkah, Sheikh Othman Sarawak akhirnya telah dilantik sebagai tenaga pengajar di masjid yang menjadi kiblat umat Islam lalu melahirkan ramai ulama terkemudian di Alam Melayu, termasuk Hamka, Datuk Hakim Imam Abang Haji Mursidi dan Datuk Imam Abang Haji Nawawi. Bahkan, ketokohan dan keilmuan Sheikh Othman Sarawak turut diwarisi oleh anak-anaknya, Sheikh Zayn al-Din (penulis karya biografi ayahnya berjudul Nafahat al-Ridhwan fi Manaqibi Shaykh Uthman), Sheikh Shadhali (pentadbir Masjid Sultan, Singapura), Haji Sharkawi (arkitek pembangunan umat Islam di Sarawak) dan Haji Nawawi (guru agama dan pejuang kemerdekaan di Sarawak).Selain daripada berperanan sebagai tenaga pengajar di Masjidil Haram, Sheikh Othman Sarawak turut menghasilkan beberapa karya utama, seperti Hasyiyah Minhaj dan Tarjumah al-Misbah. Namun begitu, karya berkenaan tidak dapat dikesan akibat musnah dalam suatu kebakaran. Bagaimanapun, peranannya di Masjidil Haram amat signifikan kerana berjaya melahirkan golongan ulama, termasuk yang berasal dari Sarawak. Beliau bertanggungjawab dalam merekrut dan mendidik bakat-bakat baru di Makkah yang datang dari negeri asalnya bertujuan untuk menjadi seorang ulama yang berwibawa. Selain daripada berperanan sebagai tenaga pengajar di Masjidil Haram, Sheikh Othman Sarawak turut menghasilkan beberapa karya utama, seperti Hasyiyah Minhaj dan Tarjumah al-Misbah. Namun begitu, karya berkenaan tidak dapat dikesan akibat musnah dalam suatu kebakaran. Bagaimanapun, peranannya di Masjidil Haram amat signifikan kerana berjaya melahirkan golongan ulama, termasuk yang berasal dari Sarawak. Beliau bertanggungjawab dalam merekrut dan mendidik bakat-bakat baru di Makkah yang datang dari negeri asalnya bertujuan untuk menjadi seorang ulama yang berwibawa. Hal sedemikian sesuai dengan kepakaran dan penguasaan beliau dalam pelbagai bidang, antaranya al-Quran, hadith, usuluddin, fiqh, akhlak, tasawwuf, matematik, logik dan falak.