Bengkel Pemantauan Geran Penyelidikan Kursi Sheikh Othman Sarawak 2024
15 OGOS 2024: Bengkel Pemantauan Geran Penyelidikan Kursi Sheikh Othman Sarawak 2024 dianjurkan bertujuan menjadi platform kepada penerima Geran Penyelidikan Kursi Sheikh Othman Sarawak 2024 membentangkan laporan terkini berkenaan penyelidikan yang sedang dijalankan oleh penerima geran tersebut. Selain itu, penganjuran bengkel ini juga merupakan satu platform kepada penerima geran untuk memperoleh maklum balas dan penilaian daripada Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kursi Sheikh Othman Sarawak 2024 bagi tujuan penambahbaikan laporan akhir penyelidikan.
Bengkel yang diadakan pada 15 Ogos 2024 bersamaan 10 Safar 1446H dihadiri oleh dua (2) orang penerima geran dan lima (5) orang Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kursi Sheikh Othman Sarawak di Bilik Mesyuarat Dato’ Dr. Haron Din, Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Dua orang penerima geran telah membentangkan hasil laporan penyelidikan mereka yang terkini:
Penerima 1
Dr. Hamizah Abd. Hamid
Pusat Kajian Perniagaan Global & Ekonomi Digital
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tajuk Penyelidikan: Developing A Model of Survivability For Muslim-owned Sarawak-Based Entrepreneurial Ventures (EP-2023-040)
Penerima 1
Prof. Madya Dr. Mohd. Nor Shahizan Ali
Pusat Kajian Media & Komunikasi
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tajuk Penyelidikan: Pendekatan Teknologi Kreatif Peribahasa Melayu dalam Penerapan Nilai-Nilai Murni Komuniti Pelajar Dyslexia di Sarawak dalam Era Digitalisasi (SK-2023-042)
Secara keseluruhan, bengkel yang dijalankan memberi ruang kepada para penyelidik untuk bertukar pendapat dan idea bagi tujuan penambahbaikan penyelidikan yang sedang dijalankan.