Wacana Kursis Sheikh Othman Sarawak Bil. 2/2024
WACANA KURSI SHEIKH OTHMAN SARAWAK BIL. 2/2024
JEJAK ISLAM ZAMAN KESULTANAN PAGARUYUNG
16 OGOS 2024: Wacana Kursi Sheikh Othman Sarawak merupakan aktiviti berkala yang dianjurkan oleh Kursi Sheikh Othman Sarawak bertujuan untuk menjadi platform kepada para sarjana bagi membicarakan bidang berkaitan dengan isu semasa berkaitan dengan komuniti masyarakat Sarawak.
Pada Bil. 2/2024, Wacana Kursi telah diadakan dengan kerjasama Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam (ArabIC), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 16 Ogos 2024 bersamaan 11 Safar 1446H. Wacana ilmu yang dihadiri seramai 10 orang peserta telah diadakan di Bilik Mesyuarat Dato’ Dr. Haron Din, Fakulti Pengajian Islam, UKM
Wacana yang bertajuk JEJAK ISLAM ZAMAN KESULTANAN PAGARUYUNG telah disampaikan oleh Profesor Dr. Yulizal Yunus Datuk Rajo Bagindo. Beliau merupakan pensyarah di Universiti Islam Negeri (UIN) Imam Bonjol, Padang Indonesia. Beliau juga dikenali sebagai ahli akademik dan penyelidik yang berkecimpung dalam bidang sejarah dan Adat Minangkabau terutamanya berkaitan kerajaan Kerabat Minangkabau. Wacana yang berlangsung selama 2 jam setengah tersebut fokus membincangkan sejarah dan susur galur Islam semasa Zaman Kesultanan Pagaruyung yang bermula sejak tahun 1403M.
Perbincangan topik tersebut secara langsung memberi pendedahan kepada ahli akademik UKM khususnya di Fakulti Pengajian Islam berkenaan sejarah Islam semasa Zaman Kesultanan Pagaruyung secara lebih khusus.
Secara keseluruhan, wacana ilmu ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Peserta memberikan maklum balas positif mengenai pencerahan yang diberikan oleh penceramah dan platform yang disediakan untuk perbincangan interaktif.