FUNGSI, DASAR KUALITI DAN OBJEKTIF FUNGSIBertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan penasihatan undang-undang, pengurusan tatatertib, pengurusan integriti, litigasi dan penyediaan serta semakan dokumen perundangan. DASAR KUALITIDasar Kualiti PPUU ialah untuk memberi khidmat nasihat undang-undang dan mengurus hal ehwal perundangan Universiti secara berkualiti selaras dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai. OBJEKTIF1. Memberi khidmat nasihat undang-undang untuk menjaga kepentingan dan reputasi Universiti;2. Mengurus kes berkaitan dengan tindakan disiplin kakitangan dan rayuan tatatertib kakitangan/pelajar;3. Mengurus kes litigasi dan tuntutan gantirugi yang melibatkan Universiti;4. Mendraf, menggubal, menyemak dan meminda dokumen kerjasama serta dokumen undang-undang;5. Mengambil tindakan ke atas semua aduan, salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan, pematuhan integriti dan etika organisasi.