Majlis Anugerah Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM-KPT), 29 April 2018

Syabas dan tahniah buat Felo Kanan LESTARI Prof. Madya Dr. Sarah Aziz Abdul Ghani Aziz atas penerimaan pencalonan tertinggi Anugerah Karya Suntingan Terbaik untuk buku ‘Making the Past Present for the Future’ (2017) pada Majlis Anugerah Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM-KPT) yang telah berlangsung di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur pada 29 April 2018 (Ahad).

Buku ‘Making the Past Present for the Future: Integrated Heritage Conservation through Geopark Model’ merupakan karya suntingan bersama Prof. Madya Dr. Sarah Aziz, Prof. Dr. Ong Puay Liu (KITA-UKM) serta Prof. Dr. Rahimah Abdul Aziz (FSSK-UKM)  dan telah diterbitkan oleh Penerbit UKM.

Laporan oleh KITA-UKM.